indahnya...




Sunday, 18 December 2011


Lumrah Manusia
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah,ibubapalah yang akan mencoraknya samaada menjadi Yahudi Majusi dan Nasrani."
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain..Contoh yang boleh kita lihat ialah ibubapa kita yang amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan.So,bagaimana          peranan mereka?opcozlah mereka hantarkan anak mereka ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir akan tetapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesungguhnya Al-Quran ini hidangan Allah ,datangilah hidangan Allah selagi kamu berkuasa. Sesungguhnya Al-Quran ini tali Allah , cahaya yang terang dan penyembuh yang bermanfaat, pengawas bagi orang yang berpegang dengannya dari jalan kejayaan bagi mereka yang mengikutinya.  Apabila beliau menyeleweng al-Quran akan mengingatkannya , apabila beliau menyimpang(Al-Quran)   akan memperbetulkannya . Keajaibannya tidak putus-putus . Tidak akan cacat lantaran banyak ditolak. Bacalah (Al-Quran) sesungguhnya Allah akan memberikan kamu pahala membacanya,setiap huruf sepuluh kebaikan. Aku tidak menyatakan ‘ ‘ itu satu huruf , tetapi tiap-tiap huruf itu satu huruf iaitu alif , lam dan mim."(Riwayat Muslim)
Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Oleh itu ibu bapa perlu sedar akan tanggungjawab mereka dalam memastikan anak-anak mereka mendapat ilmu bukan sahaja dunia semata-mata akan tetapi akhirat juga.




Saturday, 17 December 2011



Keaiban yang dibanggakan

Rasulullah saw menyampaikan…”apabila engkau berjalan di pinggir pantai,kemudian engkau celupkan hujung jarimu ke dalam air lautan, sesudah itu engkau angkat jarimu dari dalam air, setitik air itulah kehidupan dunia,sedangkan air yang tinggal di dalam lautan itulah kehidupan akhirat”

Nabi s.a.w memberi ingatan :-
كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahkan ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Melalui sepotong hadis daripada Rasulullah saw tersebut, maka dapat kita kaitkan dengan keadaan yang berlaku pada masa sekarang.  Walaupun kadang-kadang ada sesetengah daripada kita hanya mengambil ringan tentang hal sebegini.  Sebelum itu sama-samalah kita berfikir kembali dan bertanya pada diri kita!!!

-Adakah aku ini selalu meng-update gambar/status/dll di laman sosial ?
-Adakah  gambar/status/dll itu ada unsur mendedah aurat/pergaulan bebas/mendedahkan keaiban sendiri dan sebagainya?
Jika ya, maka berhentilah mulai sekarang. Memberitahu keaiban sendiri sama sahaja membuka pekung di dada. Mungkin kita menganggap perkara ini sebagai perkara biasa yang kita lakukan setiap hari, dan hanya berniat untuk berkongsi apa-apa yang kita lakukan sehari-hari terutamanya. Namun sedarlah bahawa apa yang kita kongsikan itu merupakan keaiban dan dosa yang kita lakukan.
Tau tak gambar yang mengaibkan itu apa? Gambar yang mengaibkan tu seperti gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat, yang pakai baju seksi-seksi, dedah sana dedah sini, ada juga gambar couple yang menjolok mata, berpeluk-peluk walaupon belum nikah, konon nak tunjuk betapa romantiknya dan loving couplenya pasangan tu. Sebenarnya gambar-gambar ni akan mengaibkan diri sendiri selain menambah biakkan saham dosa kite. Yang paling best tu, siap ada member lain tolong tagkan gambar tersebut kepada member yang lain pula. Wah makin berganda-ganda lah saham tu, dah macam sistem piramid MLM pula…..hihihi
Yang dasyatnya pula ada pasangan yang telah berkahwen dengan slumbernya bercerita masalah rumahtangga di wall. Tak kurang juga meluahkan rasa ketidakpuashatiannya terhadap suami di wall. Alahai, bukan tak boleh berbincang di rumah, private message ke, atau sms ke, atau email ke, tak perlulah nak cerita semua di wall, dan ini akan membuatkan orang lain membacanya. Secara tak langsung orang luar akan tau masalah dalaman dalam rumahtangga.

Adakah kita bangga dan gembira apabila orang mengetahui kesalahan yang kita lakukan? Mengapa kita perlu berbangga sedangkan perkara yang dibanggakan dan ditayangkan kepada umum itu akan menjadi beban atas diri sendiri (dosa) ?
Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita.  Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita lakukan di sebalik tabir.  Namun ,kita yang sebenarnya tak mengambil peluang dan tak menghargai tutupan-tutupan aib kita oleh Allah tersebut.  Setelah apa yang Allah tutup daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat?
Justeru itu kita juga perlu sedar bahawa internet adalah hanya kemudahan buat umat manusia dan kita perlu memanafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali.



Wallahualam…..

Friday, 16 December 2011

Majlis kahwin mesti besar-besaran ke????

Assalamualaikum.....
Setelah bermulaya cuti sekolah.. Maka, akan bermulalah perang kenduri kahwin di sana sini. Kadang-kadang bila aku pergi ke suatu tempat kenduri kawin, dalam hati berdetik,
"meriahnya oi. Banyaknya duit buat kenduri besar-besar begini.

Kalau aku nanti macam mana? Mana aku ada duit hendak buat sebesar semeriah macam ni.
Seingat aku….Islam tidak menyusahkan penganutnya untuk buat majlis besar-besaran. Cukup sekadar mengadakan majlis untuk memberitahu umum bahawa pasangan itu telah bernikah dan halal untuk bersama....Lagi satu soal duit hantaran. Fenomena sekarang, kalau ada degree, kononnya wajib 10k atau lebih. dahtu, kalau anak kau itu kahwin dengan orang biasa dan bukan anak orang kaya dan baru hendak mula hidup (kerja) setelah beberapa tahun perah otak belajar, sampai hati  hendak dera bakal menantu suruh cari juga duit RM10k? maaflh cakap,kerana fenomena itu sudah macam jual anaklh pula. Come on lh pakcik, makcik. lainlah kalau bakal menantu tu kaya atau memang dia mampu hendak bagi lebih. Macam dalam cerita Nora Elena kat TV3 tu. Seth Tan bagi 50k dekat Nora Elena.

 So,pada pendapat peribadi kalau hendak buat majlis grand ke tidak grand ke, terpulang kepada kemampuan individu itu. CUMA, janganlah sampai rasa terbeban. Duit untuk selepas majlis perkahwinan itu lagi penting sebagai permulaan ke arah kehidupan baru. Dalam erti kata lain, bina keluarga baru. Kalau anda sudah suka sama suka, janganlah beratkan bahu pasangan anda untuk menampung bermacam perbelanjaan ketika majlis perkahwinan. Sebaliknya, berpada-padalah. Dan yang penting, saling ingat-mengingati antara kita.


ADAT MENGALAHKAN AGAMA??

Korang perasan tak dari dulu sampai sekarang banyak giler orang-orang melayu yang suke utamakan adat daripada agama??what?? korang tidak perasan??korang tahu  kenapa korang tidak perasan!!ya…sebab ianya dah menjadi adat dan bila ianya menjadi adat ianya dianggap “normal” dan tidak bertentangan  dengan islam…Dalam masyarakat kite adat langkah bendul nie biasa berlaku..adat langkah bendul nie kalau nak permudahkan maksudnya ialah
“Kalau si adik perempuan kahwin dahulu berbanding si kakak,bakal suami si adik mesti bagi hadiah penghantaran untuk si kakak sekali”
Wait….apasal pulak nak kena kasi ke kakak sekali.just because die lbh tua??Die lebih tua dan die sepatutnya kahwin dahulu? So,konsepnya sama dengan orang lebih tua patut mati dahulu?just kerana dia lebih tua tak bermaksud dia akan mati dahulu.  Samalah juga dengan kalau dia lebih tua tidak bermaksud dia akan kahwin lebih cepat berbanding adik-adik dia.Same concept…itu semua jodoh…so langkah bendul nie tak sepatutnya wujud…kalau mengikut adat melayu
- kalau si adik berkahwin dahulu sebelum kakak (langkah bendul), si kakak akan makin susah untuk dapat jodoh dan
-kalau si adik kahwin dahulu sebelum kakak (langkah bendul),ianya adalah satu penghinaan terhadap si kakak dan kakak akan berasa terhina.
Look at the point pertama .wow!!hebat gila kan…bila jodoh si kakak now di tentukan oleh perkahwinan si adik…Yaa tepat sekali,setelah si adik berkahwin dahulu.Tuhan dah tidak ada kuasa nak tentukan jodoh si kakak.Sebab tu la kalau si kakak lambat kahwin selepas si adik langkah bendul, kita patut blame si adik semata-mata…huhuhu..see??kerana adat,tanpa kite perasan kita dah buat benda-benda yang syirik.Tu belum kira lagi kalau still nak melangkah bendul which is kena bagi “hadiah” kepada si kakak.  Kalau si kakak mintak sehelai baju ke,kasut murah ke taka pa lh juga.tapi kalau dia mintak bukan-bukan ?pulak tu,makcik-makcik zaman sekarang nie lbh sikit  nak-nak bila menghasut…
“Ehh,bakal suami adik kamu bagi baju je sehelai??kalau makcik lah,makcik mintak satu set rantai emas”
Then ade pulak suara mangkuk lain….
“A’ah,kalau mak cik pun macam tu juga.tak beradab lah kasi baju je sehelai.hina sangat ke nak bagi baju sehelai?”
Tue baru orang luar.Belum dikalangan keluarga sendiri.Kena pulak dengan si emak yang gila wang hantarn pun dah mintak belas-belas ribu.Belum lagi bab mintak hantaran untuk melangkah bendul
For me,adat langkah bendul adalah tidak perlu wujud lam masyarakat sekiranya mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan.Tapi kalau still nk bagi hadiah juga kat kakak bakal isteri tu len citer nya…sebab benda-benda langkah bendul ni orang tak kisah pun kalau tidak ada orang wujudkan.Seorang perempuan itu kadang-kadang tak kisah langsung kalau adik dia kahwin dulu.tapi bila dah masyarakat sibuk nak UPkan isu langkah bendul,kakak yang tak terasa pun boleh tiba-tiba rasa malu.So??kadang-kadang adat nie menyusahkan..Who Cares about the adat kalau ia menyusahkan orang? Dan dalam bab jodoh,umur bukan pengukur. Bab langkah bendul ini tidak patut diwujudkan pun. Seru dan jodoh tu semua kerja Tuhan. Kita hanya berusaha…right