Keaiban
yang dibanggakan
Rasulullah saw
menyampaikan…”apabila engkau berjalan di pinggir pantai,kemudian engkau
celupkan hujung jarimu ke dalam air lautan, sesudah itu engkau angkat jarimu
dari dalam air, setitik air itulah kehidupan dunia,sedangkan air yang tinggal
di dalam lautan itulah kehidupan akhirat”
Nabi s.a.w memberi ingatan :-
كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل
عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات
يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahkan ini , melakukan suatu dosa di
waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun
tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku
lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia
membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Melalui sepotong
hadis daripada Rasulullah saw tersebut, maka dapat kita kaitkan dengan keadaan
yang berlaku pada masa sekarang.
Walaupun kadang-kadang ada sesetengah daripada kita hanya mengambil
ringan tentang hal sebegini. Sebelum itu
sama-samalah kita berfikir kembali dan bertanya pada diri kita!!!
-Adakah aku ini selalu meng-update gambar/status/dll di laman
sosial ?
-Adakah gambar/status/dll itu ada unsur mendedah
aurat/pergaulan bebas/mendedahkan keaiban sendiri dan sebagainya?
Jika ya, maka berhentilah mulai sekarang. Memberitahu keaiban
sendiri sama sahaja membuka pekung di dada. Mungkin kita menganggap perkara ini
sebagai perkara biasa yang kita lakukan setiap hari, dan hanya berniat untuk
berkongsi apa-apa yang kita lakukan sehari-hari terutamanya. Namun sedarlah
bahawa apa yang kita kongsikan itu merupakan keaiban dan dosa yang kita
lakukan.
Tau tak gambar yang mengaibkan
itu apa? Gambar yang mengaibkan tu seperti gambar-gambar wanita yang tidak
menutup aurat, yang pakai baju seksi-seksi, dedah sana dedah sini, ada juga
gambar couple yang menjolok mata, berpeluk-peluk walaupon belum nikah, konon
nak tunjuk betapa romantiknya dan loving couplenya pasangan tu. Sebenarnya
gambar-gambar ni akan mengaibkan diri sendiri selain menambah biakkan saham
dosa kite. Yang paling best tu, siap ada member lain tolong tagkan gambar
tersebut kepada member yang lain pula. Wah makin berganda-ganda lah saham tu,
dah macam sistem piramid MLM pula…..hihihi
Yang dasyatnya pula ada
pasangan yang telah berkahwen dengan slumbernya bercerita masalah rumahtangga
di wall. Tak kurang juga meluahkan rasa ketidakpuashatiannya terhadap suami di
wall. Alahai, bukan tak boleh berbincang di rumah, private message ke, atau sms
ke, atau email ke, tak perlulah nak cerita semua di wall, dan ini akan
membuatkan orang lain membacanya. Secara tak langsung orang luar akan tau
masalah dalaman dalam rumahtangga.
Adakah kita bangga dan gembira apabila orang mengetahui kesalahan
yang kita lakukan? Mengapa kita perlu berbangga sedangkan perkara yang
dibanggakan dan ditayangkan kepada umum itu akan menjadi beban atas diri
sendiri (dosa) ?
Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi
kita lakukan di sebalik tabir. Namun
,kita yang sebenarnya tak mengambil peluang dan tak menghargai tutupan-tutupan
aib kita oleh Allah tersebut. Setelah
apa yang Allah tutup daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar
untuk kita bersyukur dan bertaubat?
Justeru itu kita juga perlu sedar bahawa internet
adalah hanya kemudahan buat umat manusia dan kita perlu memanafaatkan ia untuk
kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah
swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal
membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN
sekali-kali.
Wallahualam…..





No comments:
Post a Comment