indahnya...




Sunday, 18 December 2011


Lumrah Manusia
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah,ibubapalah yang akan mencoraknya samaada menjadi Yahudi Majusi dan Nasrani."
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain..Contoh yang boleh kita lihat ialah ibubapa kita yang amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan.So,bagaimana          peranan mereka?opcozlah mereka hantarkan anak mereka ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir akan tetapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesungguhnya Al-Quran ini hidangan Allah ,datangilah hidangan Allah selagi kamu berkuasa. Sesungguhnya Al-Quran ini tali Allah , cahaya yang terang dan penyembuh yang bermanfaat, pengawas bagi orang yang berpegang dengannya dari jalan kejayaan bagi mereka yang mengikutinya.  Apabila beliau menyeleweng al-Quran akan mengingatkannya , apabila beliau menyimpang(Al-Quran)   akan memperbetulkannya . Keajaibannya tidak putus-putus . Tidak akan cacat lantaran banyak ditolak. Bacalah (Al-Quran) sesungguhnya Allah akan memberikan kamu pahala membacanya,setiap huruf sepuluh kebaikan. Aku tidak menyatakan ‘ ‘ itu satu huruf , tetapi tiap-tiap huruf itu satu huruf iaitu alif , lam dan mim."(Riwayat Muslim)
Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Oleh itu ibu bapa perlu sedar akan tanggungjawab mereka dalam memastikan anak-anak mereka mendapat ilmu bukan sahaja dunia semata-mata akan tetapi akhirat juga.




1 comment:

  1. setuju sgt2 dengan masyrakat era skrg..pelik..knpa xde buat konsep Islam didahulukan...

    ReplyDelete