Majlis kahwin mesti besar-besaran ke????
Assalamualaikum.....
Setelah bermulaya cuti sekolah.. Maka, akan bermulalah perang kenduri kahwin di sana
sini. Kadang-kadang bila aku pergi ke suatu tempat kenduri kawin, dalam hati
berdetik,"meriahnya oi. Banyaknya duit buat kenduri besar-besar begini.
Kalau aku nanti macam mana? Mana aku ada duit hendak buat sebesar semeriah macam ni.
Seingat aku….Islam tidak menyusahkan penganutnya untuk buat majlis besar-besaran. Cukup sekadar mengadakan majlis untuk memberitahu umum bahawa pasangan itu telah bernikah dan halal untuk bersama....Lagi satu soal duit hantaran. Fenomena sekarang, kalau ada degree, kononnya wajib 10k atau lebih. dahtu, kalau anak kau itu kahwin dengan orang biasa dan bukan anak orang kaya dan baru hendak mula hidup (kerja) setelah beberapa tahun perah otak belajar, sampai hati hendak dera bakal menantu suruh cari juga duit RM10k? maaflh cakap,kerana fenomena itu sudah macam jual anaklh pula. Come on lh pakcik, makcik. lainlah kalau bakal menantu tu kaya atau memang dia mampu hendak bagi lebih. Macam dalam cerita Nora Elena kat TV3 tu. Seth Tan bagi 50k dekat Nora Elena.
So,pada pendapat peribadi kalau hendak buat majlis grand ke tidak grand ke, terpulang kepada kemampuan individu itu. CUMA, janganlah sampai rasa terbeban. Duit untuk selepas majlis perkahwinan itu lagi penting sebagai permulaan ke arah kehidupan baru. Dalam erti kata lain, bina keluarga baru. Kalau anda sudah suka sama suka, janganlah beratkan bahu pasangan anda untuk menampung bermacam perbelanjaan ketika majlis perkahwinan. Sebaliknya, berpada-padalah. Dan yang penting, saling ingat-mengingati antara kita.






No comments:
Post a Comment